Langkau ke kandungan utama

KEMURUNGAN: APA, PUNCA, TANDA DAN KESAN


Apa itu KEMURUNGAN?


Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.

Penyebab/ Punca Kemurungan


• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
• Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial
• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
• Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan
• Corak pemikiran : terdapat corak ter tentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
• Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.
• Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
• Kehilangan orang yang disayangi, dan
• Baru melahirkan anak

Tanda-tanda dan gejala kemurungan

• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan bunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia

Siapa yang berisiko mengalami kemurungan?

• Mereka yang pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
• Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hiper tensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
• Perceraian
• Masalah rumahtangga
• Masalah keluarga
• Penyalahgunaan dadah dan arak
• Pengambilan ubat-ubatan ter tentu
• Mangsa penderaan
• Tekanan di tempat kerja
• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
• Kecenderungan mudah risau atau bimbang
• Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
• Krisis ekonomi

Kesan sampingan akibat kemurungan

• Mulut kering : perlu minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula, bersihkan gigi setiap hari
• Sembelit : makan bijirin, buah prune,buah-buahan dan sayur-sayuran
• Masalah pundi kencing
• Masalah seksual
• Penglihatan yang kabur
• Pening

Apa yang perlu dibuat jika anda mengalami kemurungan??

• Berjumpa dengan doktor di Hospital/Klinik Kesihatan yang terdekat
• Berjumpa dengan kaunselor
• Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa
• Rehatkan diri dari perkara rutin
• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan
• Dekatkan diri kepada tuhan


Hubungi saya untuk info lanjut

noor hasmah
SID 1104421
013-8214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...