Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Sakit Punggung Ketika Hamil

Bagi ibu-ibu yang mengandung, sakit pinggang dan punggung merupakan perkara yang sering dialami. Keadaan ini juga dikenali sebagai radang sendi pinggul dan punggung atau dalam istilah inggeris disebut "sciatica", iaitu rasa ngilu dan sakit kerana saraf yang tersepit atau peradangan yang bermula di bahagian pinggang dan kemudian menjalar hingga ke pinggul dan punggung. Biasanya ini berlaku pada ibu hamil berkerjaya yang kebanyakkannya masanya adalah dalam posisi duduk atau berdiri untuk satu jangka masa yang lama. Ia juga boleh terjadi akibat mengangkat barang yang berat ataupun kerana terlalu lama berjalan. AKtiviti-aktiviti inilah yang akan membuatkan otot dibahagian pinggul terasa tegang. Lazimnya, rasa sakit dan ketegangan ini akan pulih setelah berehat dan mengurut lembut di bahagian yang sakit. Satu tips yang disarankan ialah cuba elakkan untuk duduk dengan menyilangkan kaki.   Tips atasi sakit belakang ketika hamil  Pakai kasut yang selesa dan elakkan

Mengantuk Semasa Hamil

Assalamualaikum semua Ada tak ibu2 hamil sekarang ni asyik mengantuk saja siang hari? Bila malam pula dah syok2 tidur, boleh pulak terbangun tengah malam dan alahai susahnya nak tido balik kan? huhu Itulah yg terjadi pada saya. Dah sedap2 tido tetiba terbangun then boleh pulak fikir yang macam macam.  Nak tahu tak apa yang menyebab kan mommy semua rasa ngantuk dan kadang-kadang susah nak tidur semula? Jom baca lagi sampai habis.. Masalah tidur semasa hamil adalah perkara biasa. Dalam trimester pertama, anda mungkin terkejut betapa kerap anda rasa ingin tidur. Mengapakah tiba-tiba saya rasa hendak tidur? Pada awal kehamilan, anda mula merasa sangat mengantuk pada waktu siang. Tahap hormon progesteron yang tinggi dalam badan menyebabkan anda rasa mengantuk secara tiba-tiba. Progesteron boleh membuatkan kehidupan seharian di tempat kerja terasa seperti begitu memenatkan, seolah-olah anda sedang berlari dalam acara marathon. Anda juga mungkin rasa begitu letih se

Masalah Kulit Ketika Mengandung

Perasan tak kalau time mengandung, kita akan mengalami beberapa masalah kulit. Jom kita kongsi apa masalah kulit yang sering berlaku pada ibu mengandung dan tips serta panduan untuk menanganinya :  Kulit kering dan gatal Masalah ini berpunca daripada keadaan kulit yang meregang seiring dengan kandungan yang semakin membesar. Jika rasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku, sebaiknya usap dengan kain lembut atau gunakan belakang tangan hingga hilang rasa gatal. Untuk mengekalkan kelembapan kulit, boleh lah sapu losyen atau gunakan Herbal Blend dari Shaklee yang 1001 kegunaan. Wajah berminyak Pastikan kita mencuci muka secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan pencuci muka yang digunakan tidak mengandungi sebarang alkohol atau pewangi. Pigmentasi Ramai yang mengalami keadaan sebegini tapi lazimnya ia akan hilang setelah bersalin. Untuk mengurangkan kesannya, bolehlah cuba gunakan krim pelindung ultraviolet terutama untuk mereka yang kerap berada di lua

Ujian Ultrasound Penting Ketika Hamil?

Assalamualaikum semua Semoga hari-hari kita dilimpahi dengan rezeki dan sentiasa berada dalam lindunganNya  Hari ini nak cerita sikit kenapa time hamil kita perlu untuk melakukan ujian ultrasound. Bagi setiap ibu hamil, ujian ultrasound amat dinantikan kerana waktu inilah kita boleh melihat perkembangan bayi dalam perut kita. Bukan sekadar melihat jantina bayi saja ya..Antara tujuan sebenar ujian ultrasound diperlukan ialah seperti berikut : Untuk memastikan kehamilan Dengan ujian ultrasound, kehamilan dpt disahkan dengan lebih yakin lagi dan ianya boleh dikesan seawal minggu ke-4 dan ke-5.Pada masa tersebut juga biasanya embrio atau janin sudah kelihatan. Menentukan usia dan dan saiz janin membolehkan ukur lilit badan janin diketahui bagi menentukan perkembangan pertumbuhannya. Selain itu ia untuk menentukan usia kehamilan terutama bagi mereka yang tidak pasti bila tarikh terakhir haid mereka. Mengesan sebarang ketidaknormalan Sebarang kelainan atau pertumbu

Khasiat Buah Delima Semasa Kehamilan

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:   *Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung *Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu *Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan *Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik *Mencegah rasa mual *Minum sekurang-kurangnya 500ml jus delima sehari boleh  menghindari masalah jaundis pada anak yang baru lahir   Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “ Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya”  (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”   (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).   Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan

Apa Pentingnya Pemeriksaan Air Kencing Ibu Mengandung?

Baru baru ni ada kawan sepejabat beritahu anak nya mengalami high protein semasa mengandung. So, saya pun cuba google apa sebenarnya high protein tu dan bahaya tak pada ibu yang mengandung..Jom sama2 kita baca..;-) Tentu ibu hamil perasan tentang pentingnya pemeriksaan air kencing dalam setiap kali lawatan pemeriksaan antenatal di klinik. Tahukah anda tentang kepentingan pemeriksaan air kencing tersebut? Doktor atau jururawat akan menggunakan kayu celup untuk mengesan protein dalam sampel air kencing ibu hamil. Kehadiran protein dalam air kencing memberikan maklumat penting tentang bagaimana buah pinggang ibu hamil berfungsi. Kandungan protein yang rendah bermakna buah pinggang ibu sedang bekerja lebih keras daripada sebelum mengandung. Kemungkinan badan ibu hamil juga sedang melawan jangkitan kecil. Bagaimanapun doktor perlu menghantar sampel air kencing tersebut ke makmal bagi dianalisa untuk mengetahui sama ada kemungkinan ibu

Buah Kiwi Baik Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum.. Apa khabar bakal2 ibu sekalian? Ada rasa mual tak hari ni? Kalau ya, apa kata anda baca artikel kat bawah mana tahu ia dapat membantu. Saya pun nak cuba juga! Paling seronok time hamil bila dapat makan makanan lazat tanpa rasa bersalah dengan pertambahan kalori yang diambil. Walau bagaimanapun, harus diingat, ibu perlu memastikan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan. Tiga nutrien penting yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya adalah vitamin C, asid folik dan kalsium. Cara paling mudah untuk mendapatkan kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan adalah mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian. Antara yang paling baik adalah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien lengkap bagi baka