Langkau ke kandungan utama

Blog Oh Blog

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..semoga hari ini akan memberi keceriaan pada kita semua. Agaknya dah selalu buka blog dan buat entry ikut tajuk, kali ini tertunggu2 pulak apa tajuk yang nak dibuat..hehe..penangan #cabaran40hari40malamblog

Sungguh positif usaha itu sehingga kini naik gian pulak nak update blog..;-) Sesungguhnya setiap apa yang kita buat pasti ada kesan tersendiri..before ni, tiap kali nak udate blog semasa cabaran, ada kawan yang tengok dan tanya saya.."buat assignment ke noor?".."tulis cerita ke noor?"...saya senyum saja :-)

Sungguh!! Saya tak tahu nak tulis tajuk apa kali ini..apa pun saya nak kongsi pasal keterujaan dalam berblog..Sebelum ni saya tak tahu satu apa pun pasal blog, teknik nak berblog, apa tujuan kita buat blog? Tapi, sejak kenal dunia shaklee, saya baru tahu kuasa blog. Buat blog memang senang, tapi nak buat org pergi ke blog kita agak susah. betul tak? Bohong lah kalau ada org buat blog, then audience yang baca blog tu terus meningkat jadi ribu2 pembaca. Ada ke? Kalau ada, fuh!! memang best lah..gerenti ayat yang dia guna tu power sangat2 sampai dapat tarik minat org baca blog dia...tahniah saya ucapkan. Haa, tu dah cakap pun kalau guna ayat yang power gerenti ramai org baca blog dia.hehe..tapi saya tak pandai pun lagi nak guna ayat power.. Bukan tak pandai tapi tak berani sebenarnya..takut2 ayat yg diguna tu teroverlah pulak..haha

Blog yang simple, kemas, cantik dapat tarik minat org utk baca blog kita. Eh! tak cantik ke blog saya ni?  Saya dah cuba sehabis baik untuk tarik hati org. belum rezeki saya kot..saya selalu tertanya2 kenapa blog ni banyak org melawat, kenapa blog ni tak der langsung nak melawat..owh..mereka kan dah lama berblog..saya ni baru beberapa bulan jer..takpe..saya bagi masa pada diri saya untuk memajukan diri dalam blog ni at least 2 tahun..saya nak tengok bagaimana tahap saya pada waktu itu...doakan saya berjaya..amin..
Sebenarnya sejak saya bergiat dalam dunia blog, saya perasan otak saya banyak berfikir..nak cari tajuk, nak cari entry yang bernas, nak cari sesuatu yang boleh menarik org untuk baca blog saya semestinya..dari situ saya mula memahami dan belajar dari pengalaman. menulis ni kalau dah seronok dan idea datang bertubi2, memang tak ingat orang sekeliling. Laju ja tangan menaip kan. Yang pasti kita seronok dengan apa yang kita tulis asal jangan merapu...orang tak suka tau..

Okay..sampai kat sini dulu..semoga selepas ini, saya akan lebih mudah mendapat idea yang baik dan saya akan lebih rajin mengupdate blog..

Ulasan

Nyna nieyna berkata…
insha Allah semoga sukses ya (^_^) #blogwalking

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...