Assalamualaikum semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Ada tak sesapa kat sini yang risau sebab period sepatutnya datang pada sekian hari ini tapi tak pula muncul2..
Jom kita lihat apa 10 tanda penting yang menentukan sama ada kita hamil atau tidak :-)
Kedengaran macam biasa tetapi mengidam kadang kala boleh jadi
satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom
yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda
bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu
diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira
hari daripada hari pertama haid terakhir anda..:-)
Warna aerola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan
telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda
ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun
bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan
implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu
atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam
masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan
yang sama menjelang kedatangan haid anda.
Kerap membuang air kecil
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron
yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari
maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif
terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan
berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah
biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
Perubahan pada deria rasa
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita
mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang
lain mengatakan mereka tidak dapat cium bau kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
Mabuk atau mual di waktu pagi
Jika anda bernasib baik, anda mungkin tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness)
sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang
sangat bertuah tidak mengalaminya langsung. Tetapi seawal dua hari
selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap
perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat
kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan.
Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang
wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.. dan yang terakhir
Ujian kehamilan yang positif
Ulasan