Langkau ke kandungan utama

Tanda-Tanda Di Akhir Kehamilan


Assalamualaikum semua, diam tak diam dah tinggal beberapa minggu lagi untuk bersalin. Bak kata org menghitung hari..

Tentu ada yang sudah mula merasa cemas dan berdebar berbaur dengan rasa gembira kerana penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. Dalam masa yang sama anda juga mungkin mengalami perlbagai masalah baru yang sebelum ini tidak anda alami semasa awal kehamilan. Jangan takut kerana kebanyakkan terjadi dari fisiolgi kehamilan yang normal.


Sakit belakang
Berat berlebihan dari awal kehamilan memberikan tekanan pada tulang belakang menyebabkan ia sakit dan tidak selesa. Anda juga akan merasa sengal dan tidak selesa pada pelvis dan bahagian paha kerana tekanan dari kepala bayi yang semakin membesar.
Untuk elakan sakit belakang, amalkan kedudukan yang betul. Duduk secara tegak dan gunakan kerusi yang boleh memberi sokongan pada belakang. Pada malam hari pula anda boleh amalkan tidur mengiring dengan meletakan bantal dicelah paha anda. Gunakan sandal yang selesa semasa keluar rumah  dan elakkan memakai kasut tumit tinggi. Untuk mengurangkan sengal pada belakang, letakan pad suam pada tempat yang sakit dan anda boleh memakan panadol ( ubat tahan sakit ) sekiranya perlu.

Kontraksi Braxton Hick
Anda  mungkin merasa perut tegang sepanjang masa dan selepas beberap minit atau setengah jam, kemudian ia berhenti dengan sendiri. Kontraksi Braxton hick kerap terjadi tetapi ia tidak sesakit sakit bersalin sebenar. Kontraksi bersalin sebenar lebih kuat, menyakitkan dan menjadi semakin kerap. Sekiranya keadaan ini berlaku, jumpalah doktor anda secepat mungkin.

Buah dada bengkak
Jangan terkejut kerana perubahan ini kerana ia terjadi sebagai persediaan untuk pengeluaran susu  selepas bayi lahir. Buah dada mengembang dengan banyaknya akibat dari perubahan hormon yang menyebabkan peningkatan bilangan kelenjar susu dalam buah dada. Sekiranya kelihatan cecair kekuningan keluar dari puting, jangan cemas, ia adalah colostrum, susu dengan khasiat penting untuk khusus bayi baru lahir.

Lendir dari faraj
Anda mungkin perasan lendir yang jernih yang keluar berlebihan semasa trimester ke 3. Sekiranya ia berlebihan dan membasahi seluar dalam anda dengan banyaknya, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk pastikan anda tidak pecah ketuban. Sekiranya lendir yang keluar bercampur darah dan anda dalam lewat kehamilan, ia mungkin tanda bersalin. Lendir berdarah atau show adalah disebabkan oleh serviks yang terbuka secara beransur ansur.

Keletihan
Anda mungkin mengalami  keletihan berpanjangan semasa trimester ini. Ini mungkin berpunca dari keletihan mental juga disebabkan terlalu banyak berfikir atau juga disebabkan terlalu kerap terjaga malam kerana kencing yang kerap. Kurangkan penggunaan tenaga disiang hari dan jangan mengangkat benda yang berat-berat. Amalkan makanan berzat dan tidur disiang hari sekiranya ada masa terluang. Minta suami untuk menolong kerja kerja seperti membasuh baju, menyiram dan kerja kerja dapur yang lain.

Kerap ke tandas
Sekarang bayi anda lebih tembam dan kepala bayi yang membesar akan memberikan tekanan pada pundi kencing menyebabkan anda akan lebih kerap ke tandas termasuklah di malam hari. Anda juga dapati senang terkencing semasa bersin atau batuk. Untuk mengurangkan masalah ini, amalkan ke tandas dengan lebih kerap atau setiap kali membuang air kecil dan buanglah sepuas puasnya. Elakan sebarang minuman satu jam sebelum tidur dan pastikan pundi kencing kosong. Sekiranya perlu, anda boleh memakai pantiliner sekiranya ia tidak terkawal. Kalau  kencing kerap disertai dengan sakit dan pedih semasa membuang, eloklah jumpa dengan doktor, ia mungkin tanda jangkitan kuman.

Rasa pedih ulu hati dan sembelit
Gejala berkaitan dengan usus kerap terjadi kerana semasa hamil berlaku rembesan hormon progesteron yang banyak menyebabkan otot usus menjadi lembut, kurang aktif dan tidak berfungsi dengan sepatutnya. Ia termasuklah salur pemakanan iaitu salur esophagus yang longgar  yang mengalakan peruapan asid menyebabkan anda kerap pedih diulu hati.
Usus yang tidak aktif menyebabkan isi perut sukar dirembes dengan efektif dan anda akan kerap mengalami sembelit. Untuk mengurangkan pedih perut, cuba makan dengan kuantiti sedikit tetapi lebih kerap. Elakkan makanan pedas, berkari dan air bergas. Untuk mengurang sembelit, pastikan pengambilan air yang cukup dan makan lebih fiber seperti sayuran dan buahan. Sekiranya ia semakin teruk, jumpa doktor untuk preskripsi ubat selamat semasa hamil.


Buasir
Buasir adalah sebahagian dari vena varikos, satu keadaan dimana salur darah vena membengkak di sekitar lubang dubur atau anus. Ia juga akibat dari perut yang semakin membesar dan berat berlebihan pada pelvis anda. Ia sebenarnya sangat kerap terjadi dan dan anda janganlah cemas kerana anda bukan kesorangan. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, cuba rendam punggung anda dalam besen berisi air suam 10-20 minit. Jumpa doktor kalau bengkak menjadi lebih sakit atau berdarah semasa membuang air besar.

Sukar bernafas
Semasa rahim membesar, ia mengembang ke abdomen atas dan menghimpit toraks anda menyebabkan paru-paru sukar mengembang. Ini memberikan tekanan pada paru paru menyebabkan pernafasan menjadi sukar. Baring pada posisi yang selesa dan kalau perlu tinggikan bantal anda semasa tidur supaya kedudukan kepala dan badan atas lebih tinggi.

Vena Varikos
Volum darah anda akan meningkat dengan banyak semasa hamil untuk memberikan sokongan pada bayi yang membesar. Aliran darah yang berlebihan menyebabkan urat darah biru timbul pada paha dan betis. Urat urat besar juga mungkin timbul pada persekitaran paha dan sekitar faraj dan ini boleh merisaukan anda. Memang sukar untuk mengubati masalah ini tetapi untuk mengurangkan ia menjadi semakin bengkak, elakkan dari berdiri atau duduk berterusan dan cubalah buat senaman kaki. Selalunya Vena varikos akan hilang sendiri selepas beberapa bulan bersalin.

Bengkak dimana mana
Mungkin anda sudah tidak lagi memakai cincin kahwin anda kerana ia ketat, anda juga mungkin perasan yang pergelangan kaki menjadi bengkak dan muka menjadi sedikit bulat. Ini adalah disebabkan oleh bendalir tubuh yang berlebihan berpunca dari fisiologi kehamilan. Untuk kurangkannya, elakkan dari berdiri terlalu lama dan tinggikan kaki anda semasa tidur. Sekirnya anda mendapati berat badan naik mendadak atau pembengkakan nampak keterlaluan, eloklah jumpa doktor dengan segera. Ia mungkin tanda darah tinggi semasa hamil. (Pre-eclampsia )

Pertambahan berat badan
Pertambahan berat yang normal ialah 200-500 g seminggu pada trimester ke 3. Pada masa hampir bersalin, anda sepatutnya sudah bertambah 10-15 kg dari berat sebelum hamil. Pertambahan berat ini disebabkan oleh berat bayi, uri, buah dada dan peningkatan bendalir badan dan pertambahan volum darah. Bergantung kepada saiz badan anda sebelumnya, doktor mungkin akan menasihati anda menambah berat badan sekiranya anda terlalu kurus begitulah sebaliknya. Sekiranya penigkatan berat badan anda tidak sebagaimana yang dijangka, anda mungkin akan dirujuk untuk ujian US bagi mengetahui berat badan bayi anda.

Tanda Tanda Serius
Sekirnya anda mengalami tanda tanda serius seperti dibawah, jangan tunggu sehingga temujanji doktor seterusnya. Jumpalah doktor dengan secepat mungkin.
  • Sakit perut berpanjangan
  • Muntah dan loya berterusan
  • Pendarahan faraj
  • Sakit atau pening kepala berpanjangan
  • Sakit semasa kencing
  • Berat badan naik keterlaluan atau terlalu bengkak
Semoga kita semua dipermudahkan dalam semua urusan. Banyakkan membaca
semasa kita sedang sakit semasa hendak bersalin. Semoga Allah memudahkan kita. Insha allah...

Tak tahu set bersalin yg mana nak dipilih? Jom kita chit chat..wasap atau msg saya 013.821.4890

Untuk maklumat lanjut &
Free consultation

Hubungi :
Your Shaklee Independent Distributor

Noor Hasmah
 SMS | Call : 013-8214890
 Shaklee ID : 1104421

 FB Page : https://www.facebook.com/noor.hasmah


Ulasan

Daud Mohamad berkata…
thanks utk info ni mmg berguna utk bakal ibu dah ayah.
sihatvitamin berkata…
Berdasarkan pengalaman juga..terima kasih kerana membaca..selalu2 lah jenguk blog saya..:-)

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am