Langkau ke kandungan utama

Tips Cantik Menawan

Assalamualaikum semua

kebersihan dan kekemasan diri amat dituntut dalam Islam.

Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan diri kita. Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita amat mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 

Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya..

Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah memadai.
Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan.
Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Cuba tanya pada diri anda:
  • sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
  • Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?
Oleh itu artikel ini akan menyenaraikan beberapa  amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.
Semoga bermanfaat kepada kita semua.

  1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Paling penting jangan tinggal solat.
Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.


  1. Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.


Selepas bangun tido , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Nota : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

  1. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.
Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.
Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:
Zikir  di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran  dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
  • Baca ” Ya Nur ” (1x)
  • Baca ” Ya Hadi ” (1x)
  • Baca ” Ya Allah ” (3x)

  1. Baca surah Al-Waqiah

Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.
Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.


 Image result for surah al waqiah ayat 35 38

  1. Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh

Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. In shaa allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

  1. Berdoa setiap kali melihat cermin

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.
Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.
Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:
kecantikan kulit

  1. Menggunakan produk yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah

Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik.
Antara bahan makanan atau supplement yang halal dan terbukti memberi kesan adalah produk shaklee iaitu COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Shaklee Collage Powder ialah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg kolagen daripada sumber sisik ikan merah (Red Snapper Scale - kata omputih), sejenis kolagen yang tulen dan bermutu tinggi.


Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen diukur dalam unit Dalton). Ia amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada dermis dengan berkesan.

Jom layan testimoni collagen dulu :-)



Bulan ni ada promo vivix
 
beli 6 dapat 1 percuma

Beli 2 less 5% 

Nak harga jimat?

Hubungi saya

Ulasan

Monty Mehra berkata…
I am very pleased to find this blog. I want to thank for your time for this wonderful read!!! Keep Sharing, I’ll surely be looking for more.

Girls Clothing Online India
Monty Mehra berkata…
I am very pleased to find this blog. I want to thank for your time for this wonderful read!!! Keep Sharing, I’ll surely be looking for more.

Girls Clothing Online India

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...