Langkau ke kandungan utama

MEALSHAKE MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT DIKALANGAN KANAK KANAK

*Apa Itu Sembelit*

Sembelit ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah sukar untuk membuang air besar. Di dalam Bahasa Inggeris disebut "constipation".

Sembelit bukanlah satu penyakit ia hanyalah satu gejala.

*Sembelit* adalah gangguan pada pencernaan yang turut dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit akan sukar dan kurang membuang air besar.

Dari sudut perubatan seseorang itu dikatakan sembelit apabila membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau tidak membuang air besar lebih 2 hari.

*Punca-punca sembelit di kalangan kanak-kanak*

**Kurang pengambilan serat di dalam makanan harian-serat boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Biasalah budak-budak tak suka makan buah dan sayur

**Kurang minum air putih

**Makan makanan segera (fast food) yang mengandungi banyak lemak seperti burger, kentang goreng dan makan makanan yang mengandungi gula yang diproses seperti gula-gula, biskut manis dan soft drink


**Bagi bayi sembelit mungkin berlaku apabila adanya peralihan dari susu ibu kepada susu fomula yang mana susu formula sukar untuk dihadam dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu

**Peralihan dari makanan bayi kepada makanan pejal (solid food). Usus bayi yang belum matang tidak dapat berfungsi dengan baik

**Pengambilan ubat untuk merawat kekurangan zink juga boleh mendorong kepada sembelit

Harus diingat kanak-kanak cenderung untuk mengelak pergi ke bilik air walaupun mereka benar-benar ada desakan untuk berbuat demikian.

Keadaan ini mungkin disebakan tidak mahu berhenti bermain permainan yang menyeronokkan atau menggunakan tandas awam.

Tekanan juga boleh menjadi sebab sembelit di kalangan kanak-kanak. Apabila mereka cemas tentang sesuatu seperti permulaan untuk ke sekolah baru dan adanya masalah di rumah.

Kajian telah membuktikan bahawa kecelaruan emosi boleh memberi kesan kepada usus untuk berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan sembelit serta masalah lain seperti cirit-birit.

*Tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sembelit:*

Bayi atau anak-anak anda menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang

Bagi kanak-kanak yang lebih besar mereka akan mengadu rasa sakit atau mereka dilihat meneran ketika membuang air besar.

Najis mereka kelihatan kering, keras, berketul-ketul dan berbiji-biji seperti biji kacang.

Kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk

Kekerapan membuang air besar berkurangan

Bayi atau anak-anak anda tiada selera untuk makan danperut kembung

*Tips mengatasi sembelit secara semulajadi untuk bayi dan kanak-kanak:*

Baringkan bayi anda dan tetapkan kaki ke atas. Kemudian cuba gerakkan kaki anak anda seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Tujuannya adalah untuk merangsang pergerakan usus di dalam badan jika anak anda berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, berikan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar secara segar. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan membantu membuang najis dengan mudah.
Kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti jus betik dan air suam. Jus betik dipercayai mengandungi serat yang tinggi.

Walaubagaimanapun ibu-ibu janganlah terlalu risau apabila anak anda menghadapi sembelit kerana keadaan ini adalah biasa di kalangan kanak-kanak.

*Cadangan RDI (Recommended Daily Intake) Pengambilan Fiber*

4 sudu besar Mealshakes = 3 gram Fiber
Ibu-ibu boleh rujuk pada carta ini untuk mengetahui cadangan yang sesuai untuk anak-anak mereka.
Kanak-Kanak 1-3 tahun: 19 gram fiber setiap hari
Kanak-Kanak 4-8 tahun: 25 gram fiber setiap hari
Lelaki 9-13 tahun: 31 gram fiber setiap hari
Perempuan 9-13 tahun: 26 gram fiber setiap hari
Lelaki 14-19 tahun: 38 gram fiber setiap hari
Perempuan 14-19 tahun: 26 gram fiber setiap hari

*Cara Bancuh Mealshake Untuk Anak Sembelit*
Bancuhkan 4 sudu besar mealshake ke dalam 237 ml air masak atau boleh juga dicampurkan ke dalam bancuhan susu anak-anak. Boleh dibancuh sejuk atau normal, tidak digalakkan bancuh dengan air panas kerana dibimbangi proteinnya akan musnah.

Jika masalah sembelit masih tidak dapat diatasi, berikan anak anda 2 kali sehari sehingga masalah sembelit tiada lagi.

*Adakah fiber sahaja yang membantu anak-anak anda yang ada masalah sembelit?*

Tidak. Ini kerana dalam Mealshakes juga mengandungi MAGNESIUM yang membantu masalah sembelit.

*Bagaimana Magnesium Membantu Masalah Sembelit?*

Magnesium membantu dengan menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.
Sekiranya anak anda mengalami tanda tanda masalah sembelit segeralah ambil perhatian dan berilah mereka MEALSHAKE SHAKLEE

Untuk order boleh hubungi saya ditalian 013-821-4890 atau wasap utk info lanjut

Terima kasih..Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua terutama ibu ibu :-)

Ulasan

Jaja Zaleha berkata…
Terima kasih ya sudi berkongsi :)

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...