Langkau ke kandungan utama

BERMINYAK? KERING? BERKILAT? YANG MANA SATU JENIS KULIT ANDA


PERCAYA ATAU TIDAK KEBANYAKAN DARI KITA MASIH TIDAK MENGETAHUI APAKAH JENIS KULIT KITA..BETUL KA TIDAK?


Masih tak sure lagi jenis kulit? 

Takpa² meh kita cuba try test ikut tips ni 👇

1. Cuci muka macam biasa

Basuh muka dengan normal cleanser korang, lepas tu bilas. Nak pakai air biasa pun boleh. 

2. Tunggu 2 jam

Jangan apply apa² lepas cuci muka. Lagi elok, jangan lap lepas cuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri & biarkan 2 jam.

3. Check keadaan kulit

Lepas dah 2 jam, check balik kulit tu.

Kalau rasa kulit berminyak, melekit, berkilat? – Oily skin

Rasa ketat, kering, merekah? – Dry skin

Berminyak dekat kawasan hidung, dahi dan dagu je, tapi bahagian pipi rasa biasa/kering – Combination skin

Tak rasa apa apa, rasa biasa je – Normal skin (Anda bertuah!)




JOM KENALI JENIS KULIT KITA


Asasnya terdapat 4 jenis kulit manusia iaitu; 
💆‍♀Kulit normal
💆‍♀Kulit berminyak
💆‍♀Kulit kering
💆‍♀Kulit kombinasi

Hanya segilintir yang mempunyai masalah jenis kulit sensitif.

Beza antara setiap jenis kulit:

👉 Jenis kulit normal
Tidak terlalu berminyak atau terlalu kering. Pendek kata tiada masalah yang serius bagi anda yang mempunyai jenis kulit normal.

👉 Jenis kulit berminyak
Masalah ini berpunca dari banyak faktor antaranya genetik. Anda akan mempunyai pori yang besar, kulit kusam & berminyak serta alami masalah jerawat, blackheads & whiteheads. 

Masalah kulit menjadi lebih teruk jika berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon, stress dan juga keadaan cuaca dan udara yang kotor. 

👉 Jenis kulit kering
Kulit kering akan menyebabkan cepat nampak berkedut sebab kehilangan elastik pada kulit. Selain itu kulit akan nampak kasar dan kusam, kemerahan²an dan pori tidak kelihatan. 

Kulit kering ni berlawanan dengan jenis kulit berminyak tetapi ia memberi kesan yang sama iaitu rasa tidak selesa akibat kulit mengelupas. 

👉 Jenis kulit kombinasi
Kulit boleh jadi normal atau kering pada sebahagian muka dan berminyak pada bahagian zon T biasanya. 

Bagi jenis kulit ini, pori kelihatan lebih besar dari yang normal, banyak blackheads dan kulit nampak berkilat terutama zon T.

Untuk jenis kulit sensitif, banyak faktor dan perlu kenal pasti apa penyebab rasa gatal², kemerahan, terbakar ataupun sangat kering.

Dah tau ke jenis kulit anda? 

Penting tau supaya kita tau apa do's & don'ts bagi mengelakkan masalah pada kulit muka kita 😉👌

Sharing is caring

noor hasmah
0138214890

#sayajualshaklee
#pengedarsahshaklee
#shakleematang
#shakleekuching
#jeniskulit





Ulasan

Del Asyraf berkata…
oh baru Del tahu..

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...