Khamis, 9 Februari 2017

Kenali Kanser Kelenjar Parotid

Selama ini kita sering mendengar perihal kanser payu dara, kanser tumor, kanser hati dan sebagainya tapi tidak pada Kanser Kelenjar Parotid. Apa itu Kelenjar Parotid?

 
Setiap orang di antara kita mempunyai sejumlah air liur yang tidak terhitung banyaknya. Fungsi utama kelenjar tersebut adalah untuk menghasilkan air liur yang diperlukan dalam proses pencernaan, pemakanan, pertuturan dan sebagainya. Ia juga berfungsi untuk memastikan mulut anda sentiasa lembap. 
 
Kelenjar kita dibahagiakan kepada dua jenis iaitu kelenjar utama (major ) dan Kelenjar kecil(minor). Kalenjar utama terdiri daripada 3 pasang Kelenjar air liur utama di bawah dan dibelakang rahang - parotid, sublingual dan submandibular ( disebut sebagai Kelenjar utama) 

Manakala Kelenjar minor pula terdapat di merata-rata lokasi seperti disepanjang saluran pencernaan terutamanya di lelangit, lidah, bibir, pipi dan di seluruh kawasan mulut dan tekak. 

Kelenjar Parotid adalah merupakan Kelenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim kira-kira 15gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada Kelenjar ini akan di rembeskan ke dalam ronggan mulut melalui satu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter. 

Menurut Pensyarah Kanan Otorinolaringologi, Surgeri Kepala dan Leher, Hospital Univeristi Sains Malaysia, Dr irfan Muhammad berkata, 80 peratus kes ketumbuhan Kelenjar air liur adalah terjadi kepada Kelenjar Parotid dan mujurlah 80 peratus daripada keseluruhan kes bukanlah barah dan hanya memerlukan rawatan pembedahan mengeluarkan Kelenjar tersebut.

Namun demikian, jika kes tersebut di dianogsi sebagai Kanser Parotid, keseluruhan kalenjar akan dibuang. Ini kerana walaupun sedikit ia perlu dibuang bagi mengelakkan ia berulang kembali dan merebak di kawasan lain.

Kes yang membabitkan kalenjar Parotid ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Bagi kes yang telah disahkan adalah kanser, kebiasaannya pesakit akan berjumpa dengan doktor jika mengalami gejala seperti kalenjar di bahagian muka semakin membesar dan merasa sakit.

Selain itu, antara tanda-tanda yang menunjukkan kanser air liur telah menjadi semakin teruk adalah pesakit mengalami saraf muka lumpuh, senyuman senget, pipi tidak boleh kembung dan mata tidak boleh rapat ketika tidur.

Punca barah ini tidak dapat dikenalpasti secara terperinci. Namun ada dikaitkan dengan sesetengah sel dalam Kelenjar air liur menjadi mutasi yang menyebabkan sel tumbuh dan terbahagi dengan pantas. Sel yang membentuk tumor boleh merebak ke tisu berdekatan. 

Faktor Terjadi Kanser Kelenjar Parotid

  • Faktor usia yang semakin meningkat
  • terdedah kepada radikal bebas
  • terdedah kepada bahan-bahan kimia
  • kurang penjagaan kesihatan mulut

Tanda-tanda Kanser Kelenjar Parotid

  • Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher
  • sebelah muka menjadi kebas
  • otot pada sebelah muka menjadi lemah
  • sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur
  • sukar menelan
  • sukar membuka mulut

 Rawatan Kanser Kalenjar Parotid

#1-Pembedahan
Membabitkan bahagian kalenjar yang terjejas. Jika kanser ini kecil dan berada di kedudukan yang mudah dicapai, pembedahan akan dilakukan bagi membuang tumor dan sebahagian kecil tisu sihat di kelilingnya. Namun jika ia membabitkan tumor yang besar, doktor mungkin akan mengeluarkan keseluruhan kalenjar air liur. Malah jika sudah merebak ke stuktur berdekatan contohnya saraf muka atau tulang muka dan kulit, kemungkinan ia juga akan dibuang adalah sangat besar.

#2-Terapi Radiasi
Digunakan bagi membunuh sel barah selepas pembedahan. Ia juga boleh dibuat sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor dan memudahkan ia dibuang. Jika tumor terlalu besar dan berada di kawasan yang terlalu berisiko untuk dibuang, mungkin hanya terapi radiasi sahaja yang akan dilakukan.

#3- Kimoterapi 
Pilihan rawatan ini biasa dilakukan kepada pesakit kanser yang sudah berada di tahap yang teruk dan sudah merebak di bahagian tubuh yang lain.

 
                                            

Vivix merupakan minuman Botani yang kaya dengan sifat antioksidan dan antipenuaan secara semulajadi. Kandungan dalam Vivix membantu membaiki DNA dalam badan yang mengalami kerosakan akibat radikal bebas dan gaya hidup yang tidak menentu. 

Kajian pakar menunjukkan bahawa makanan yang tinggi kandungan Polifenol dan Resveratrol sangat sesuai untuk pesakit-pesakit kronik seperti kanser. Ramuan vivix 10 kali ganda lebih hebat dari resveratrol yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan sel hayat.

Vivix juga membantu mangaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot. Oleh itu, menggalakkan sel yang rosak sihat semula. Bagi pesakit yang menjalankan kimoterapi, pengambilan vivix adalah sangat bagus.

Hubungi saya
 

Disclaimer : Vivix adalah vitamin dan bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara scientifik menyihatkan badan,  ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal.

Rabu, 8 Februari 2017

Pengalaman MRI

salam semua

hari ni nak share prosedur MRI yang saya buat minggu lepas

Takut, seram sejuk, sakit perut semua ada..haha

Appointment saya jam 8.00 pagi tapi saya datang kat Makmal jam 8.30 pagi macam tu lah..cuak juga takut akhir atau apa kan

Sampai kat makmal saya terus g kaunter dan serahkan borang MRI, petugas kat kaunter cakap tak perlu ambik no giliran tunggu nama dipanggil. Ok. Tak sampai 5 minit nama saya pun dipanggil dan dibawa ke sebuah bilik MRI. Hanya saya sorang patient yang akan di MRI pagi ini rasanya. Saya disuruh menukar pakaian khas mcm pakaian kita nak g bersalin tu..


Lepas tukar baju saya disuruh masuk ke sebuah bilik yang didalamnya terdapat sebuah katil yang bersambung dengan mesin. Nampak macam terowong pun ada. Hati memang dap dup..memang benar lah apa yang kawan saya kata, rasa macam berada dlm alam lain..huhu

ok, prosedur bermula..layan dah..tup tup..lampu terpadam..lepas tu seseorang tepuk kaki saya..saya ingat itu prosedur biasa rupa rupanya black out

saya disuruh keluar dari bilik..rasanya dalam 1/2 jam jugak menunggu kat keluar bilik

Tak lama selepas tu pegawai perubatan tu jumpa saya dan kata dah boleh masuk dalam balik. degupan jantung makin kencang..doa dalam hati agar prosedur lepas ni akan lancar dan dipermudahkan

Kat dalam terowong tu, macam macam bunyi ada. patut lah awal-awal masuk kita dah dibagi penutup telinga dan ala ala headphone..bunyi mcm tukul pun ada. saya perasan saya kuat berpeluh.. makin lama makin panas..memang rasa dalam sauna..dan saya perasan saya juga sukar nak bernafas

lebih kurang dalam 1 jam macam tu, katil saya ditarik menandakan prosedur MRI telah selesai.. Alhamdulillah

Saya diberitahu bahawa result akan dihantar ke klinik orthopedic dan saya akan ketahui apa keputusannya bulan Jun nanti. Semoga yang baik baik saja


Rabu, 1 Februari 2017

MRI dan Prosedur

Dap dup dap dup rasa jantung ni, beberapa hari lagi nak g buat MRI, google apa itu MRI, apa kesan MRI..rasa mcm nak g operate pulak..hihi

Okay, apa itu MRI?

MRI
Ini adalah sejenis pemeriksaan pada badan manusia yang menggunakan gelombang elektromagnet dan komputer canggih untuk menghasilkan gambaran organ dalaman badan manusia. Untuk melakukan ini, pesakit akan diletakkan dalam ruang kosong sebuah magnet besar, yang menghasilkan medan magnet beberapa ribu kali ganda kuat daripada Bumi.


Kenapa MRI diperlukan
Gelombang radio digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan. Ini satu-satunya cara bukan invasif untuk melihat ke dalam badan manusia tanpa menggunakan kateter atau pembedahan. Struktur sekecil sebesar satu milimeter dalam diameter boleh digambarkan. Penggambaran tisu dapat diperoleh. Saluran darah (pembuluh darah) boleh juga diimej tanpa menyuntik kontras medium. Struktur dan fungsi jantung juga boleh diperoleh. Gambaran yang diperoleh boleh dikaji oleh Pakar Radiologi untuk mencari bukti penyakit. Tidak terdapat radiasi dan tiada risiko yang diketahui terhadap golongan kanak-kanak atau dewasa.


Apakah jenis alat-alat skan MR yang berbeza?
Terdapat beberapa jenis alat skan MR. Jenis yang menggunakan magnet yang lebih kuat biasanya menghasilkan gambaran yang lebih baik. Alat skan MR terdiri daripada sebuah magnet dengan lubang laras di tengah yang dikenali sebagai bor. Pesakit akan diletakkan dalam bor magnet ini. Bor mempunyai diameter yang berlainan dan mungkin sekecil 60 cm. Panjang bor adalah lebih kurang 1.5m. Walau bagaimanapun terdapat alat skan MR yang mempunyai magnet terbuka. Ini akan lebih sesuai untuk pesakit yang mungkin tidak boleh tertahan berada dalam tempat yang tertutup dan sempit alat skan MR. Prosedur intervensi dengan panduan MR juga mungkin dijalankan dengan mengguna alat skan MR magnet terbuka.


Siapa yang boleh menjalani skan MRI? Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira
Majoriti pesakit boleh menjalani skan MRI. Prosedur ini juga selamat untuk wanita yang sudah mengandung melebihi empat bulan. Mereka yang kurang empat bulan mengandung harus berbincang dengan doktor mereka dan Pakar Radiologi yang menyelia pemeriksaan sama ada pemeriksaan ini diperlukan ataupun terdapat kaedah pengimejan lain yang boleh memberi maklumat yang sama. 
Lazimnya, pesakit yang berat badannya melebihi 140 kilogram tidak boleh menjalankan prosedur pemeriksaan MRI. Walaubagaimanapun, teknologi telah mara dengan rekaan bentuk MRI terbaru yang mempunyai bor yang lebih besar sekarang.

MRI boleh menyebabkan kecederaan parah ataupun maut jika pesakit mempunyai bahan logam dalam badan mereka. Pesakit-pesakit yang mengandungi objek-objek dalam senarai berikut umumnya tidak boleh menjalani pemeriksaan MRI tetapi pada hari ini, dengan menggunakan bahan baru untuk peralatan dalam badan, MRI menjadi satu kemungkinan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyemak senarai ini untuk memastikan prosedur MRI yang selamat.
  • Perentak (Pacemaker Jantung)
  • Badan asing logam
  • Implan logam
  • Injap jantung
  • Staple pembedahan
  • Serpihan Logam
  • Kelip Aneurisme
  • Gulungan Vaskular dan penapis
Apakah persediaan yang harus diambil sebelum MRI?
Ini bergantung kepada bahagian badan pesakit yang akan diperiksa, pesakit  mungkin diperlukan berpuasa (tidak makan dan minum) selama enam jam sebelum pemeriksaan. Pada masa pemeriksaan, pesakit wanita seharusnya tidak memakai sebarang mekap muka kerana ini akan menjejaskan gambaran yang diperoleh. Pesakit mungkin diperlukan untuk bertukar kepada gaun hospital dan menanggalkan semua bahan logam (seperti barang kemas, tali pinggang, kancing, pin dan sebagainya) sebelum memasuki bilik skan MRI.  


Apakah yang akan berlaku semasa MRI?
Selepas menemu ramah pesakit, juru radiografi/x-ray akan menolong pesakit baring di atas katil alat skan. Saudara mara yang rapat mungkin boleh dibenarkan dalam bilik skan bersama pesakit semasa pemeriksaan, jika perlu. Penyumbat telinga juga dibekalkan kepada pesakit, kerana akan terdengar bunyi ketukan kuat semasa pemeriksaan. Katil skan kemudian akan dimasukkan ke dalam terowong (bor) magnet. Adalah penting bagi pesakit untuk berbaring tanpa bergerak sepanjang pemeriksaan. Sedatif mungkin akan diberi kepada kanak-kanak dan untuk pesakit-pesakit yang senang terganggu. Bagi beberapa unit MRI, proses skan ini dijalankan di bawah anestesia bagi kanak-kanak. 


Pihak juru radiografi boleh dihubung menggunakan interkom sepanjang prosedur. Juru radiografi akan dapat memerhatikan pesakit melalui sebuah tingkap kaca di bilik kawalan atau melalui monitor TV menggunakan kamera yang dihalakan ke dalam mesin skan. Pakar Radiologi mungkin akan memutus untuk memberi pesakit suntikan media kontras khas (gadolinium) bagi skan MRI. Ini boleh menghasilkan perasaan hangat seketika. Masa pemeriksaan berbeza dari 15-45 minit (atau lebih singkat) bergantung pada bahagian badan yang diperiksa dan juga bergantung kepada kekuatan magnet. Umumnya, tiada kesan sampingan daripada pemeriksaan ini.
 
Macam ni lah agaknya mesin MRI yang saya akan masuk nanti...Takutnya..

Ya Allah, permudahkan lah urusan ku nanti...

Nak cari shaklee?
Boleh hubungi saya

#shakleematangjaya
#shakleepetrajaya
#shakleekuching
#shakleedemak

013-821-4890
 

Khamis, 26 Januari 2017

Bilakah masa yang terbaik untuk bersama?

Apabila anda sedang cuba untuk hamil, seks pada masa yang sesuai sangat penting. Telur anda, sebaik sahaja dibebaskan daripada salah satu ovari, boleh bertahan selama di antara 12 dan 24 jam sahaja. Sperma dapat bertahan lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam uterus dan tiub falopia anda. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, anda mempunyai tempoh subur selama kira-kira enam hari sahaja.
Tempoh enam hari itu termasuk lima hari sebelum dan hari anda mengovulasi.
Seks pada masa yang tepat sewaktu ovulasi tidak begitu penting. Sebaliknya, apa yang penting ialah memastikan anda bersama suami dalam tempoh kesuburan anda. Justeru, waktu yang paling sesuai bersama suami jika anda mahu hamil ialah satu atau dua hari sebelum anda mengovulasi.
Seperti yang anda boleh bayangkan, sukar untuk mengenal pasti hari yang tepat sebelum ovulasi. Jadi cara yang terbaik ialah nikmati seks setiap dua atau tiga hari dalam waktu kitaran anda.
Tetapi jika anda mahu meneliti statistiknya, ada dinyatakan di sini. Mengandaikan anda dan suami mempunyai kesuburan yang normal, kebarangkalian anda hamil adalah:
  • empat peratus jika anda mengadakan seks lima hari sebelum ovulasi;
  • 15 peratus jika anda mengadakan seks empat hari sebelum ovulasi;
  • 25 hingga 28 peratus jika anda mengadakan seks satu atau dua hari sebelum ovulasi;
  • lapan hingga 10 peratus jika anda mengadakan seks dalam masa 24 jam ovulasi berlaku.

Bila masa anda mengovulasi dalam mana-mana kitaran bergantung kepada:
  • kepanjangan kitaran haid anda;
  • kekerapan haid anda.
Kitaran haid seorang wanita boleh jadi sependek 22 hari atau sepanjang 36 hari. Secara purata, seorang wanita itu dating haid di antara 12 dan 14 hari selepas dia mengovulasi.
Jadi anda berkemungkinan untuk mengovulasi sekitar pertengahan kitaran jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Jika kitaran anda pendek, anda boleh mengovulasi dalam masa beberapa hari selepas haid anda kering. Jika anda mempunyai kitaran yang panjang, anda boleh mengovulasi dua minggu selepas haid anda kering.
Hampir 50 peratus wanita mempunyai kepanjangan kitaran yang berbeza-beza sebanyak lebih daripada tujuh hari. Jika kepanjangan kitaran anda tidak sekata, tempoh kesuburan anda juga mugkin berbeza kira-kira seminggu dari bulan ke bulan.
Sebab itulah lebih baik untuk anda mengadakan seks setiap dua hingga tiga hari sepanjang kitaran anda. Ianya lebih berkesan berbanding menumpukan tenaga anda hanya pada hari-hari yang anda fikir anda hampir mengovulasi. Begitu juga, seks setiap dua hingga tiga hari meningkatkan kualiti sperma berbanding dengan seks setiap hari.

Bagaimana saya boleh tahu bilakah saya hampir mengovulasi?

Anda mungkin sedar bila anda mengovulasi, atau anda mungkin tidak perasan sebarang perubahan yang berlaku. Jika anda merancang untuk hamil, kenalilah badan anda dengan lebih dekat lagi. Perhatikan tanda-tanda semula jadi yang menunjukkan anda sedang menghampiri waktu ovulasi. Ini boleh bermula kira-kira tiga minggu sebelum haid yang seterusnya datang, dan tanda-tandanya termasuk:
  • Peningkatan rembesan faraj menjadikannya lebih basah, dan teksturnya anjal seperti putih telur. Ini dipanggil mukus subur.
  • Rasa sedikit tidak selesa pada sebelah bahagian perut.
  • Rasa lebih seksi.
Salah satu cara yang paling mudah untuk mengetahui bilakah hari-hari subur anda ialah dengan kaedah “dua hari”. Ini melibatkan pemeriksaan harian untuk melihat kehadiran mukus subur.
Apa yang anda perlu lakukan ialah tanya diri sendiri dua soalan samada pada waktu tengah hari atau sebelum anda masuk tidur: “Adakah saya perasan sebarang rembesan hari ini?” dan “Adakah saya perasan sebarang rembesan semalam?” Jika jawapan kepada kedua-dua soalan itu ialah “ya”, maka anda kemungkinan besar dalam tempoh subur. Jika jawapan bagi kedua-duanya ialah “tidak”, maka anda mungkin bukan berada dalam tempoh subur.
Untuk mengenal pasti tempoh subur, cubalah kakulator ovulasi kami. Dan baca artikel kami untuk mendapatkan tip-tip yang dapat membantu anda mengenal pasti tanda-tanda ovulasi.

Adakah haid yang tidak tetap bermakna lebih sukar untuk hamil?

Jika haid anda tidak tetap, lebih sukar bagi anda mengenal pasti bilakah waktu subur anda. Jadi berlatihlah mengesan tanda-tanda mukus subur, enggunakan kaedah “dua hari” yang dinyatakan tadi. Cuba untuk mengadakan seks apabila anda perasan sudah dua tiga hari anda mendapat mukus basah dan licin. Atau anda mungkin dapati lebih mudah dengan hanya mengadakan seks yang kerap sepanjang kitaran anda.
Jika kitaran anda tidak tetap, atau selang lebih daripada 36 hari, jumpalah doktor. Kadang kala kitaran yang tidak tetap disebabkan oleh masalah seperti sindrom polisistik ovari (PCOS) atau masalah tiroid. Masalah-masalah ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil.
Anda biasanya dinasihatkan supaya terus mencuba untuk hamil selama sekurang-kurangnya satu tahun sebelum merujuk kepada doktor tentang masalah penghamilan. Walau bagaimanapun, jika anda berumur 36 tahun atau lebih atau anda mempunyai masalah kesihatan seperti haid tidak tetap yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil, maka anda disarankan supaya mendapatkan bantuan segera.

credit to PA&MA

Fungsi & Manfaat Vitamin E Untuk Kesuburan Lelaki


Vitamin E biasanya disyorkan untuk lelaki bagi membantu masalah yang melibatkan kesuburan. Tahap Vitamin E yang rendah biasanya ditemui pada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
Jadi, dengan menggunakan supplemen Vitamin E, lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka. Vitamin E boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma. Apabila sperma bergerak lebih bebas dan mudah serta kualiti tinggi, menjadikannya lebih mudah bagi seorang wanita untuk hamil.
Vitamin E juga telah terbukti untuk mengurangkan kecacatan sperma dalam lelaki, yang boleh membawa kepada kurang risiko kecacatan kelahiran atau keguguran. Lelaki yang mengambil supplemen Vitamin E untuk walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan mereka.
Kebanyakan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi.
Air mani lelaki (sperma dan cecair nutrien) yang dikatakan berkualiti apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani.
Jadi, untuk membantu si suami menghasilkan sperma yang berkualiti dan berkuantiti, ia memerlukan supplement atau makanan tambahan iaitu Vitamin E.
Pakar Shaklee anda
013-821-4890

Selasa, 24 Januari 2017

Waktu Terbaik Bersama

Waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Katalah masa period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya

faham ke tak faham? hehe

Pakar Shaklee Anda
013-821-4890
#shakleematangjaya
#shakleepetrajaya
#shakleekuching
#kesuburan
#hamil

Selasa, 17 Januari 2017

Nutrisi Terbaik Untuk Anak anak

Dah beri apa yg terbaik untuk anak?

Kesihatan yg baik adalah paling utama. Anak sihat ibubapa gembira.

­čĺčOmega penting utk perkembangan dan fungsi otak disamping meningkatkan sistem imunisasi

­čĺčMealshake sebagai sumber protein dan kalsium.mengandungi 19 vitamin dan mineral penting

­čĺčChewable vitamin c membantu mengekalkan sistem pertahanan badan, juga baik utk kesihatan tulang, Gigi Dan gusi

­čĺčNutriferon pula utk meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi bdn utk lindungi diri dari jangkitan selsema, viral dan bakteria



Nak dptkan produk tersebut?

Boleh call @ SMS @ wasap ke 013-821-4890

#noorhasmah
#pengedarshakleekuching
#pengedarsahshaklee
#shakleematangjaya
#shakleepetrajaya
#shakleekuching
#setkanakkanak
#imunbadan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...